Bahan-bahan :
1) 2 bungkus biskut Oreo ( nak banyak lagi pun boleh )
2) 250 cream cheese
3) 200 ml whipping cream
4) 1/4 butter cup
5) 1/2 cawan gula halus ( ikut citarasa )
Cara-cara :
1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Aku guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.
2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Boilingkan butter cup itu. Kalau istilah aku, ambil periuk, isi air sikit. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan api tu.
3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.
4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan.
5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer. Gula halus ikut selera ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay.
6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takda masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya.
7) Keluakan base yang sudah dikeraskan tadi. Dan masukkan adunan ke dalam bekas tersebut { atas base itu }.
8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan.
Tips.
1) Jangan biarkan kek ini terlampau lama di luar jika taknak makan. Nanti akan cair. Maka biarkan saja dalam sejuk beku, nak makan baru bawa keluar.
2) Guna bekas kecil agar lebih tinggi letak adunan.
3) Kurangkan gula kerana tak sedap kalau manis sangat.