RESEPI BUTTER CAKE GEBU DAN RINGAN.



BAHAN-BAHAN

230 gms butter (Kjee guna Anchor - letak pada suhu 18-30C)
4 biji telor grade B (letak pada suhu bilik)
150 + 50 gms gula halus
200 gms tepung naik sendiri (diayak)
60 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

CARA

1. Panaskan oven. Suhu 180C. Oles acuan alluminium 8"x8" (Kjee guna 7"x7"). Kjee guna kertas minyak. Kata Wendy sekeliling dalam acuan harus dioles sempurna dengan margerin kalau mahu kek naik sempurna.
2. Asingkan putih telor. Pukul putih telor hingga keras dengan dibubuh 50 gms gula secara selang seli, sambil dikocak. Tepikan.
3. Pukul butter dan 150 gms gula hingga kembang menggunakan mixer. Kemudian masukkan vanilla dan dipukul hingga rata. Masukkan kuning telor, satu per satu dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan separuh dari tepung ke dalam adunan butter dan susu. Kemudian diputar lagi hingga sebati. Setelah sebati masukkan separuh lagi tepung dan putar hingga sebati.
5. Masukkan pula separuh dari putih telor dan putar hingga sebati. Kemudian, guna spatula (sudu plastik) dan masukkan sebahagian lagi putih telor. Guna kaedah folding-in atau kaup balik dan kacau perlahan-lahan sampai semuanya sebati.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 minit. Menurut Wendy, untuk 15 terakhir, turunkan suhunya ke 150C supaya permukaan atas tidak menjadi gelap. Kalau guna oven yang apinya atas dan bawah, mungkin boleh padam api atas di 15 minit terakhir.
7. Kek masak setelah dicucuk dengan lidi dan ia muncul bersih.


sumber

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

 

© 2013 Resepi Terbaru. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top