Bahan-Bahan Macaroon
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
Pewarna
Filling (Nutella)
Cara-Cara Membuat
1-Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak dan ketepikan (*)
2-Pukul putih telur sehingga kembang dengan kelajuan mixer maxima
3-Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sehingga adunan kental dan bertanduk
4-Masukkan 1/4 campuran (*) dengan menggunakan spatula
5-Masukkan pewarna mengikut kesukaan
6-Masukkan adunan kedalam piping beg
7-Picit di atas kertas minyak (kertas minyak siap di lukis bulatan sebesar 20sen)
8-Ambik toothpick pecahkan gelombang udara untuk mengelakkan permukaan macaroon berlubang
9-Rehatkan macaroons lebih kurang 30-45minit (Pastikan ia kering tak melekat dengan jari)
10-Panaskan oven 140c - 150c dan bakar selama 15-20 minit
11-Selepas masak biarkan macaroons sejuk & renjiskan air dibelakang kertas minyak untuk senang tanggalkan
12-Letakkan filling (Aku gunakan Nutella & Kacang)
SELAMAT MENCUBA.