Kek coklat lembab adalah antara kek yang begitu popular di Malaysia. Resepi terbaru hari ini akan berkongsi bagaimana membuat kek coklat lembab. Dibawah adalah resepinya.
BAHAN-BAHAN.
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan sus pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
- 1 sudu baking powder (diayak terlebih dahulu)
- 1 sudu esin vanilla
- 1 sudu bikarbonat
- 3 biji telur.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
- Ambil serbuk koko, gula pasir, susu cair, susu pekat dan minyak masak. Masakkan semuanya di dalam periuk. Anda hendaklah memasaknya dengan api yang kecil. Setelah masak sejukkannya dan biar ke tepi.
- Selepas itu ambil telur dan pukul hingga sebati dan kembang. Ambil bahan-bahan yang telah dimasak sebelum ini dan campurkan dengan telur.
- Setelah itu masukkan esin vanilla dan pukul hingga ianya sebati.
- Kemudian anda masukkan tepung gandum, bikarbonat, baking powder dan telur. Kacau sehingga semuanya sebati.
- Setelah semuanya dikacau sehingga sebati. Masukkannya ke dalam loyang. Sebaik-baiknya di tutup menggunakan foil.
- Selepas itu hendaklah di kukus dengan api yang kecil. Biarkannya masak selama lebih kurang 1 jam 20 minit.
- Setelah benar-benar anda boleh sejukkannya dan sedia untuk dihidang.
- Jika anda ingin lihat lebih menarik anda meletakkan toping di atasnya.