RESEPI CHICKEN CHOP.



BAHAN-BAHAN
Ayam – Bahan Perap
- 2 paha ayam tanpa tulang
- 3 ulas bawang putih –dicincang halus
- 1 cm halia – dicincang
- 1/3 kiub ayam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos Lee & Perrins
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar madu
- garam secukup rasa
Ayam – Bahan Coating
- 1 biji telur
- Sedikit tepung jagung
- Sedikit tepung gandum
- Bread crumb/ serbuk roti

Sos Black Pepper
- 1 labu bawang besar (sederhana) dicincang halus
- 2 sudu besar tepung gandum
- ½ kiub ayam
- 2 sudu sos tiram
- 3 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
- 2 sudu besar mentega
- Sedikit Oregano
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA

Ayam
1. Toskan ayam yang telah dibersihkan dan digaul bersama kiub ayam, lada hitam dan lada sulah. Gaul pula bersama bahan perap dan pastikan meresap, gunakan garpu untuk cucuk-cucuk!!
2. Perap selama 1-2 jam. Paling baik semalaman. Pastikan bahan-bahan perap sebati dengan ayam.
3. Selepas perap, salut dengan telur, salut dengan tepung jagung dan tepung gandum. Gaulkan dengan serbuk roti.
4. Goreng ayam menggunakan minyak masak yang banyak dengan api sederhana. Masak, ketepikan.

Sos Black Pepper
1. Cairkan mentega, tumis bawang besar sehingga naik bau, masukkan lada hitam ditumbuk kasar dan kacau.
2.Masukkan tepung gandum dan kacau, jangan biarkan jadi berketul. Masukkan air dan kacau sebati. Kemudian masukkan kiub ayam.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap [untuk warna], tambah oregano dan tambahkan air kalau terlalu pekat.
4. Msukkan gula, garam secukup rasa dan beres…


SELAMAT MENCUBA.


RESEPI KEK BUAH KUKUS.



Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


RESEPI KEK GULA HANGUS.



Bahan-bahannya :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu butter (tapi saya guna marjerin pun ok)
4 biji telur 
1 cawan susu pekat manis (kira-kira 250 ml)
1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek dalam kotak tu)
1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak dan gaul terus bersama tepung)
Esen vanilla

Cara-cara.

1. Masak gula hingga cair dan menjadi keperangan. Ikut resipi dia suruh masak dalam periuk tapi saya lagi suka masak dalam kuali. Terpulang ikut mudah masing-masing. 

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit.Hati-hati sebab ia akan meletus berbuih ala-ala gunung berapi. Ok, just masukkan air sampai habis ye.

3. Ok, bila karamel da dicampur air, masukkan pula butter/marjerin. Gaul hingga cair.

4. Pukul telur hingga kembang.

5. Masukkan susu pekat manis pulak. Gaul rata.

6. Masukkan tepung plak. Gaul sebati cara kaup balik. Masa ni secara magicnya adunan telur tu macam turun sebab ruang udara dah diisi oleh tepung.Gaul tu perlahan-lahan ye, jangan gaul beria-ia sangat dikhuatiri kek akan jadik terlebih mampat (tips ni).

7. Dah sebati tu, ble la titikkan 2,3 titik esen vanilla bagi wangi.

8. Then kita campur karamel kita tadi dalam adunan ni.

9. Gris loyang dengan butter/marjerin.

10.Masukkan adunan anggaran separuh loyang la sebab kek ni akan naik. Tapi oppssss..jangan terus bakar. Kena perap dulu dalam 2,3 jam. Kononnya nak bagi sarang tu naik. Lagi lama perap lagi banyak sarangnya. 

11. Da perap 2,3 jam gitu baru la ble bakar. Suhu saya set 160 darjah, bakar selama 1 jam. Tips lagi, untuk tempoh 35 minit pertama tu, bakar guna api bawah je. Dah lepas 35 minit tu baru on kan api atas plak. Maknanya api atas bawah la tu smpai masak. Nak tau da masak ke tak, cucuk dengan lidi or garpu. Kalau tak melekat, maknanya da masak la tu.


SELAMAT MENCUBA.




RESEPI BISKUT SEMPERIT DAHLIA.



BAHAN BAHAN

200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing
1 cawan tepung gandum,
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepun custard
1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak
1 kuning telor
ceri merah ~ hiasan

CARA-CARA

Putar butter , gula icing dan telur kuning hingge sebati aje
Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~ tak ayak pun takpe
Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak ceri merah
Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C.



sumber

RESEPI KUIH BAHULU GEBU.



Bahan-Bahannya:


  • 10 biji telur    -buang tali pusat telur untuk elak hanyir
  • Sekati tepung -kalau guna penimbang 600 gram
  • Sekati gula     -sama macam tepung juga 600 gram



Cara-Cara Membuatnya.

  • Mula-mula sekali kita kena jemur dulu tepung kalau nak dapatkan tekstur bahulu yang ringan dan gebu. nak jimat masa kita masukkan jer tepung tu dalam oven dan bakar dalam 10 minit sehingga tepung kekuningan.Ketepikan
  • Kaedah lain macam orang tua-tua dulu mereka goreng tepung hingga naTpak agak-agak ringan tu pun ok juga.Terpulang pada anda semua ya.
  • Gula juga perlu di jemur  tapi kalau nak lagi cepat masukkan je dalam  oven dan panaskan selama 10 minit. Sama macam tepung tadi.Ketepikan
  • Dalam bekas yang besar pukul telur sehingga berbuih kemudian baru masukkan gula.Tujuannya agar telur mudah  kembang bila gula dimasukkan kemudian.Teruskan memukul sehingga adunan telur tadi bertukar warna menjadi putih.Kalau rajin boleh guna pemukul telur besar yang dibuat dari besi tu. Nak senang dan cepatkan kerja kita guna je mixer yang ada di rumah kita. Proses memukul telur ni memakan masa selama lebih kurang 20 minit.
  • Sambil kita pukul telur tu boleh la kita panaskan oven atau pun dapur gas. Suhu yang sesuai untuk membakar kuih bahulu ni adalah lebih kurang 180.cc sehingga 200.cc.Jangan terkejut yer sebab suhu sebegini adalah sama kalau kita guna dapur arang pun.ini kerana bahulu mengndungi kandungan gula yang banyak dan ia memerlukan suhu yang tinggi bagi memastikan kuih ini masak sekata. 
  • Masukkan tepung yang dijemur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.kacau sehingga sebati.
  • Masukkan minyak ke dalam acuan kuih bahulu dan masukkan ke dalam oven selama 10 minit. Kemudian buangkan minyak tadi dan acuan tadi sedia untuk digunakan.
  • Kaedah lain kita boleh panaskan juga acuan tadi di atas dapur gas,bila dah cukup panas boleh la diangkat dan tuangkan minyak tadi ke dalam bekas lain. Acuan sedia untuk digunakan
  • Ambil sesudu adunan dan masukkan ke dalam acuan.Pastikan adunan tidak terlalu penuh
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 minit.Bila dah nampak permukaan kuih tadi agak kekuningan maka bolehlah dikeluarkan.

SELAMAT MENCUBA.



 

© 2013 Resepi Terbaru. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top