Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

RESEPI KEK BUAH KUKUS.



Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


RESEPI KEK GULA HANGUS.



Bahan-bahannya :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu butter (tapi saya guna marjerin pun ok)
4 biji telur 
1 cawan susu pekat manis (kira-kira 250 ml)
1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek dalam kotak tu)
1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak dan gaul terus bersama tepung)
Esen vanilla

Cara-cara.

1. Masak gula hingga cair dan menjadi keperangan. Ikut resipi dia suruh masak dalam periuk tapi saya lagi suka masak dalam kuali. Terpulang ikut mudah masing-masing. 

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit.Hati-hati sebab ia akan meletus berbuih ala-ala gunung berapi. Ok, just masukkan air sampai habis ye.

3. Ok, bila karamel da dicampur air, masukkan pula butter/marjerin. Gaul hingga cair.

4. Pukul telur hingga kembang.

5. Masukkan susu pekat manis pulak. Gaul rata.

6. Masukkan tepung plak. Gaul sebati cara kaup balik. Masa ni secara magicnya adunan telur tu macam turun sebab ruang udara dah diisi oleh tepung.Gaul tu perlahan-lahan ye, jangan gaul beria-ia sangat dikhuatiri kek akan jadik terlebih mampat (tips ni).

7. Dah sebati tu, ble la titikkan 2,3 titik esen vanilla bagi wangi.

8. Then kita campur karamel kita tadi dalam adunan ni.

9. Gris loyang dengan butter/marjerin.

10.Masukkan adunan anggaran separuh loyang la sebab kek ni akan naik. Tapi oppssss..jangan terus bakar. Kena perap dulu dalam 2,3 jam. Kononnya nak bagi sarang tu naik. Lagi lama perap lagi banyak sarangnya. 

11. Da perap 2,3 jam gitu baru la ble bakar. Suhu saya set 160 darjah, bakar selama 1 jam. Tips lagi, untuk tempoh 35 minit pertama tu, bakar guna api bawah je. Dah lepas 35 minit tu baru on kan api atas plak. Maknanya api atas bawah la tu smpai masak. Nak tau da masak ke tak, cucuk dengan lidi or garpu. Kalau tak melekat, maknanya da masak la tu.


SELAMAT MENCUBA.




RESEPI KEK PANDAN GEBU.



Bhn2

150 gm tepung superfine or gandum
150 gm gula kastor
1 sdb ovellet
5 biji telur
80 ml air pati pandan (7 helai daun pndan)
80 ml or 2 sdm mentega cairkn
1 sdt baking powder
sedikit pewarna hijau


Cara2

-campurkn telur, ovellet, gula, tepung, serbuk penaik.. pukul hngga kembang n putih.. speed paling tinggi
-kemudian masukkn air pati pandan n sedikit pewarna hijau.. pukul hngga adunn betul2 ringan
-tuangkn mentega cair n pukul sedikit lgi..
-tuangkn adunn dlm loyang yg siap dialas kertas mnyak n di sapu mnyak pd dasar loyang sj..
-bakar pd suhu 160'c pd oven yg dipanaskn trlebih dulu selama 40 or 45 minit or hngga kek msk...
-setelah msk terus keluarkn dr oven n terlangkupkn ats redai seketika.... supaya kek x mendap.


sumber

RESEPI KEK BATIK TANPA TELUR.



Bahan-bahan:
* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan sedikit
* biskut marie(plain) secukupnya

Cara-cara
-Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
-Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
-Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
-Setelah pekat(membentuk kerak halus di dasar kuali),padamkan api.
-Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
-Siap...dan biarkan semalaman di dalam peti ais.... potong dan hidangkan...




SELAMAT MENCUBA.

RESEPI OREO CHEESE CAKE.



Bahan-bahan :

1) 2 bungkus biskut Oreo ( nak banyak lagi pun boleh )
2) 250 cream cheese
3) 200 ml whipping cream
4) 1/4 butter cup
5) 1/2 cawan gula halus ( ikut citarasa )


Cara-cara :

1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Aku guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.

2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Boilingkan butter cup itu. Kalau istilah aku, ambil periuk, isi air sikit. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan api tu. 

3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.

4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan.

5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer.  Gula halus ikut selera ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay.

6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takda masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya.

7) Keluakan base yang sudah dikeraskan tadi. Dan masukkan adunan ke dalam bekas tersebut { atas base itu }.

8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan. 

Tips.

1) Jangan biarkan kek ini terlampau lama di luar jika taknak makan. Nanti akan cair. Maka biarkan saja dalam sejuk beku, nak makan baru bawa keluar.

2) Guna bekas kecil agar lebih tinggi letak adunan. 

3) Kurangkan gula kerana tak sedap kalau manis sangat.



RESEPI BUTTER CAKE GEBU DAN RINGAN.



BAHAN-BAHAN

230 gms butter (Kjee guna Anchor - letak pada suhu 18-30C)
4 biji telor grade B (letak pada suhu bilik)
150 + 50 gms gula halus
200 gms tepung naik sendiri (diayak)
60 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

CARA

1. Panaskan oven. Suhu 180C. Oles acuan alluminium 8"x8" (Kjee guna 7"x7"). Kjee guna kertas minyak. Kata Wendy sekeliling dalam acuan harus dioles sempurna dengan margerin kalau mahu kek naik sempurna.
2. Asingkan putih telor. Pukul putih telor hingga keras dengan dibubuh 50 gms gula secara selang seli, sambil dikocak. Tepikan.
3. Pukul butter dan 150 gms gula hingga kembang menggunakan mixer. Kemudian masukkan vanilla dan dipukul hingga rata. Masukkan kuning telor, satu per satu dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan separuh dari tepung ke dalam adunan butter dan susu. Kemudian diputar lagi hingga sebati. Setelah sebati masukkan separuh lagi tepung dan putar hingga sebati.
5. Masukkan pula separuh dari putih telor dan putar hingga sebati. Kemudian, guna spatula (sudu plastik) dan masukkan sebahagian lagi putih telor. Guna kaedah folding-in atau kaup balik dan kacau perlahan-lahan sampai semuanya sebati.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 minit. Menurut Wendy, untuk 15 terakhir, turunkan suhunya ke 150C supaya permukaan atas tidak menjadi gelap. Kalau guna oven yang apinya atas dan bawah, mungkin boleh padam api atas di 15 minit terakhir.
7. Kek masak setelah dicucuk dengan lidi dan ia muncul bersih.


sumber

RESEPI "RAINBOW CAKE".



Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai

Cara cara:

1) Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

2) Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

3) Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

4) Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

5) Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

6) Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.



 

© 2013 Resepi Terbaru. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top