RESEPI CHEESE CAKE LELEH.






Bahan-bahan.


UNTUK KEK
-100 g tepung hongkong (husna guna tepung gandum)*
-60 g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette
-100 g gula kastor
-4 biji telur (husna guna telur gred A)
-2 biji kuning telur
-50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-75 g mentega cair
-sedikit esen vanilla




CARA :
1.ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
2.campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. putar lagi, sebatikan.
3.sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter.
4.bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. guna api atas dan bawah.

UNTUK KRIM
-250 g cream cheese
-120 g susu pekat manis
- 50 ml UHT whipping cream
(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

UNTUK TOPPING
-1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'HEAT STABLE CHEESE')
(parut.. dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)
CARA PENYEDIAAN :
1.kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 keping.


2.sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
3.sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4.akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
5.sebelum di makan.. masukkan dalam peti ais dulu yee.. dalam 1-2 jam. lepas tu baru potong.











Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

 

© 2013 Resepi Terbaru. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top